-->

Biodata Syaikh Maulana Zakariyya Si Penulis Kitab Fadhilah Amal

Syaikh Maulana Zakariyya adalah seroang ulama besar yang sangat mashur dipadang oleh umat Islam di dunia.

Foto Biograf, Profil dan Biodata Syaikh Maulana Zakariyya Si Penulis Kitab Fadhilah Amal - www.heru.my.id

Syaikhul Hadith Maulana Haji Muhammad Zakariyya rah. merupakan nama lengkap dari salah satu guru sekaligus penulis ternama yakni pengarang “Kitab Fadhilah Amal”.

Syaikh Maulana Zakariyya Membagi Tiga Bagian

Beliau telah habiskan seluruh usianya yang soleh dalam tiga bahagian:

1. Dars wat Tadris (belajar dan mengajar)

2. Tasnif wat Ta’lif (menyusun dan mengarang kitab)

3. Tazkiah wa Islahul Khuluq (tazkiah hati dan islah akhlaq).

Beliau telah berjaya sempurnakan semua diatas dengan baik dan cemerlang.

Dikatakan bahawa kegiatan beliau:* Belajar dan mengajar, dilaksanakan dengan benar-benar disiplin waktu dan sakinah (penuh ketenangan pikiran).

Menyusun dan mengarang kitab, dilakukan dengan penuh tekun diiringi seluruh tumpuan hati serta akal

Tazkiah nafsu dan islah khalq, dibuat dengan daya perhatian bagai pekerja gigih dalam suatu pekerjaan yang bernilai ketiga-tiga kegiatan tersebut beliau tunaikan sekaligus dengan amat baik.

Antara tiga itu, yang ketiga lebih menonjol dari yang lain.

Hingga kini, pengaruhnya masih berterusan dan ribuan orang telah dapat mengeluarkan cinta dunia dari hati mereka dengan asbab usaha beliau.

Dua bahagian yang pertama, iaitu pendidikan dan menyusun serta menulis kitab, amat besar jasanya kepada umat serta menerima pengiktirafan yang tinggi dan tidak terkira.

Secara ringkas akan diterangkan disini mengenai beberapa kelebihan dari hasil karangan beliau dan jasa beliau secara ringkas dalam bidang pendidikan.

Syaikh Maulana Zakariyya Dalam Bidang Pendidikan

Pendidikan beliau bermula pada tahun 1325H hingga tahun 1336 [1907-1917].

Diantara masyaikh yang telah menjadi guru beliau ialah Syaikh Saharanpuri, Syaikh Maulana Muhammad Ilyas Dahlawi, ayahanda beliau Syaikh Maulana Muhammad Yahya Kandahlawi, Maulana Abdul Wahid Sanbuli, Maulana Abdul Lathif dan lainnya.

Setelah tamat belajar, beliau mula tugas mengajar dari tahun 1335 H hingga tahun 1388 H [1916-68].

Kira2 54 tahun beliau telah berbakti dalam dunia pendidikan dan pengajaran. Dan lebih dari setengah usia beliau dihabiskan untuk berkhidmat di Madrasah Mazahirul Ulum di Saharanpur.

Banyak bukti menunjukkan beliau mengambil berat terhadap madrasah ini.

Semasa di madrasah ini, beliau telah mengajar lebih kurang 35 buah kitab agama bermula dari kitab Ilmu Sighah dan Nahu hinggalah kepada kitab yang lebih tinggi seperti kitab Sahih Bukhari dan Abu Daud.

Bahkan beliau telah mengajarkan seluruh kitab yang diajar di madrasah tersebut.Beliau juga telah mengukir kenangan bahagia dengan menamatkan beberapa kitab penting dalam pengajarannya.

Diantaranya kitab Nurul Anwar sebanyak 3 kali, Mishkat 3 kali, Abu Daud 30 kali, Bukhari jilid awal sebanyak 50 kali dan kitab Bukhari dengan lengkap sebanyak 16 kali.

Banyak kalangan penuntut yang telah berjaya menamatkan pelajaran hadith melalui beliau dan memperdengarkan pelajaran mereka dihadapan beliau.

Kemudian banyak pula yang meneruskan tugas mengajar dan berkhidmat untuk agama dan ilmu agama dipelbagai tempat.

Selain itu, banyak murid-murid beliau yang telah tamat pendidikan dan pelajaran melalui beliau yang hati sanubari mereka disinari ma’rifat.

Murid-murid tersebut telah berbai’at melalui tangan beliau yang mulia, mempelajari ilmu suluk dan ilmu tasawuf secara khusus dan dengan nikmat Allah Swt, telah berjaya mencapai darja kerohanian yang tinggi dalam ilmu ini.

Ulama-Ulama Masyhur Murid Syaikh Muhammad Zakariyya rah.:

1. Maulana Muhammad Yusuf, Maulana Inamul Hasan, Maulana Izharul Hasan dan para pengajar di Kashiful Ulum Delhi 

2. Maulana Mufti Mahmud Hasan Ganggohi, pengajar hadith di Darul Ulum Deoband 

3. Maulana Munawwar Husein, Syaikhul Hadith di Darul Ulum Lathifi Kethar 

4. Maulana Abdul Jabbar, Syaikhul Hadith di Jamiah Qasimiah Shahi Muradabad 

5. Maulana Akbar Ali Saharanpuri, pengajar di Madrasah Mazahirul Ulum dan juga pengajar hadith di Darul Ulum Karachi, Pakistan 

6. Maulana Ubaidillah Belyawi, pengajar hadith di Madrasah Kashiful Ulum Delhi 

7. Mufti Muzaffar Husein, pengajar hadith dan wakil Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur 

8. Maulana Muhammad Yunus Jupuri, Syaikhul Hadith Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur 

9. Maulana Muhammad Aqil, pengajar hadith di Madrasah Sadhar Mudarisin juga di Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur 

10. Maulana Ashik Ilahi Balanshari, pengajar hadith di Madrasah Darul Ulum Karachi 

11. Maulana Muhammad Salman, pengajar hadith di Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur 

12. Maulana Taqiyuddin, pengajar hadith 

13. Maulana Bashir Ahmad, pengajar hadith di Darul Ulum Tanbu di Rangoon 

14. Tambahan Aba ‘Izzat): Dr. Mustafa al-Siba’I, Syaikh Abd. al-Fattah Abu Ghuddah, Dr. Muhamamad ‘Alawi al-Maliki, Syaikh Muhammad Taha al-Barakati dan lainnya 

Mereka semua adalah ulama yang masyhur diantara orang-orang besar dalam dunia pendidikan dan pengajaran ilmu hadith yang telah dihasilkan melalui asbab pendidikan beliau

“Itulah keutamaan Allah Swt yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya”.

Bagi kami, para khadim dan pelayan beliau, menjadi satu kebanggaan dan suatu kelayakan bagi kami amal tauladan diri kami, bahwa dalam masa yang amat lama beliau telah sudi mendidik kami semata-mata kerana Allah Swt.

Padahal beliau melakukan itu semua tanpa menerima bentuk bayaran (baik gaji, bantuan, dan lainnya) dari pihak madrasah.

Memang pada masa permulaannya, beliau terpaksa menerima sekedar upah mengajar beliau kerana dipaksa oleh masyaikh madrasah.

Namun pada keesokan harinya beliau telah pulangkan seluruh Uang upahan itu kembali ke madrasah.

Mengenai hal ini dengan lebih terperinci, pembaca budiman boleh rujuk kitab Tarikh Mazahir, Jilid II.

Syaikh Maulana Zakariyya Dalam Bidang Penulisan

Penyusunan kitab serta mengarang juga adalah satu bab dalam kehidupan Syaikh Muhammad Zakariyya rah. dan berkatnya masih melimpah hingga sekarang.

Beliau mula berkarya dengan menulis 50 Tahun Keadaan Madrasah Mazahir Ulum dan Riwayat Hidup Para Masyaikh.

Kedua-dua kitab tersebut adalah permulaan karya beliau, dikarenakan beliau sibuk dengan mendidik, mengajar dan tanggungjawab terhadap madrasah.

Beliau seterusnya melanjuntukan pelajaran di Madrasah Mazahir Ulum Saharanpur.

Seluruh kitab-kitab pelajaran, kecuali sebahagian kitab di kelas permulaan, telah dikarang dan disusun oleh beliau untuk diajarkan di Madrasah Mazahir Ulum Saharanpur.

Hal inilah yang membuat Madrasah tersebut mencapai darjat ilmiah yang tinggi yang istimewa dari Allah Swt berkat jasa beliau terhadap ilmu hadith.

Bahkan beliau telah jadikan misi hidup beliau khidmat terhadap hadith dan Allah Swt telah terima khidmat beliau pada martabat yang tertinggi sekali.

Kitab Nadir Shuruh dan La Zawal Ta’liqaat hasil pena beliau telah diterima dengan baik dikalangan masyarakat umum dan para ulama yang ternama.

Kitab Awjazul Masalik (6 jilid besar) Syarah Kitab al-Muwattha’ Imam Malik adalah hasil usaha serta titik peluh beliau sendiri selama kira-kira 40 tahun dan kitab ini telah mendapat banyak pujian daripada tokoh-tokoh ulama di Hijaz. 

Diantara tokoh alim ulama tersebut ada seorang yang berkata “seandainya pengarang kitab ini tidak menulis di dalam Muqaddimahnya bahwa dia bermazhab Hanafi.

Maka pasti kami akan menyangka bahwa penulis adalah bermazhab Maliki karena beliau dapat mengupas setiap bahagian dari fiqh mazhab Maliki secara terperinci.

Selain itu, beliau dapat mengumpulkan banyak masalah-masalah fiqhiyyah mazhab Maliki, dimana penjelasan masalah tersebut susah untuk ditemui dalam mana-mana kitab mazhab Maliki sekalipun.”


Alim ulama dari negara Arab, khususnya Arab Saudi, penjaga Habanyakn – semoga Allah Swt tambah keduanya kemuliaan dan keagungan – juga alim ulama dan tokoh dari Damsyik sangat berharap kepada syaikh agar kitab tersebut dapat diterbitkan di Beirut, Lebanon.

Ada seorang yang kaya raya dari Mekah Mukarramah telah menerbitkan kitab tsb dengan pembiayaan pribadinya.Demikian juga dengan kitab Lami’ud Darari (3 jilid) Syarah Jame’ Bukhari, kitab Kaukabub Duri (2 jilid) Syarah Jami’ut Tirmizi, kitab Juz Hujjatul Wada dan kitab al-Abwab wat Tarajim lil Bukhari dalam beberapa jilid.

Semua kitab ini adalah suatu khidmat beliau yang sangat agung terhadap hadith.

Beliau sentiasa tekun apabila membahaskan sesuatu kitab sampai pemikiran beliau terbuka dengan penemuan baru hingga byk kitab2 baru disusun dan ditulis oleh beliau. 

Keseluruhannya, beliau telah mengarang lebih daripada 89 buah kitab dan 29 buah telah diterbitkan sementara yang lainnya masih dalam penerbitan.

Semua judul dan keterangan karya beliau terhimpun dalam autobiografi beliau yang terkenal yaitu Aap Beti.

Semua karya beliau itu amat bernilai dalam bidang ilmu pengetahuan, hakikat, islah dan tabligh.

Dan beliau telah menunaikan hak dalam bidang2 tsb dengan cemerlang, seperti yang diucapkan oleh Maulana Abul Hasan Ali Nadwi rah. “

Karya dan Susunan Syaikh Mengandungi Dua Bagian Pokok:

1. Khusus dalam ilmu dan hakikat, serta

2. Murni mengandungi dakwah dan Islah Umumnya, seseorang yang mahir dalam bagian pertama, ia tidak mahir dalam bahagian kedua.

Dan jika ia mahir dalam bahagian kedua, ia tidak mahir dalam bahagian pertama.

Dan seseorang yang sudah biasa dengan bahagian kedua, maka ia tidak menjaga dan menegakkan adab serta peraturan dalam bahagian pertama.

Akan tetapi Syaikh Muhammad Zakariyya telah berjaya sempurnakan dua bagian tersebut dalam setiap karyanya.

Beberapa contoh beliau dalam bahagian pertama ialah kitab Awjazul Masalik dan Lami’ud Dararai dan contoh umum dari bahagian kedua ialah kitab Hikayatus Sahabah dan Fadhail Amal, mengandungi Fadhilah Solat, Ramadhan, Zikir, Al-Quran, Haji, Sedeqah, Tabligh dan Selawat.

Dan contoh karya beliau terkumpu kedua2 bahagian itu secara bersamaan ialah kitab Jame’ Shamail Tirmidzi dan Syarah Khasail Nabawi” [Shawaih Yusufi, Lucknow, hal 129].Judul dan kandungan risalah ini adalah berkenaan surat2 pertanyaan berkaitan dengan kitab Fadhail 

Baca: Biodata Peter Henlein Si Bapak Jam Modern Dunia


Editor: Heru Setianto

Image Editing: Heru Setianto 

Source: Net